Friday, 18 September 2015

Kembara Kor Suksis USIM di Bumi Kemboja (Part 1)

Assalamualaikum


Daripada dulu lagi aku lah manusia paling excited kalau sekolah nak buat rombongan pergi
mana-mana. Because i don't travel much with family sebab ayah susah dapat cuti and such.
Jadinya peluang berjalan dengan kawan ni lah perlu diambil bagi memanjangkan langkah
hewhewhew.

Nak dijadikan cerita f.y.i, setiap sem USIM akan mewajibkan bayar yuran pengantarabangsaan dalam RM 50. Dengan duit ni disuruhnya pelajar buat khidmat masyarakat atau lawatan antarabangsa kat mana-mana tempat di luar negara. Dan buat khidmat masyarakat lebih bagus sebab kita akan engaged dengan komuniti tu instead of jalan-jalan melancong saja.

Adalah sikit-sikit perbelanjaan yang USIM akan support pastu lebih-lebih tu pandai-pandai cari sendiri ye. Maka bergabunglah kami 57 orang dengan senior Suksis yang dah tauliah ni ke Kemboja. Meriah sangat kan pergi ramai-ramai haha tapi itulah yang paling best!



Waktu pergi kitorang ada 2 trip. Satu pukul 6.45 am lagi satu pukul 3 petang. Duration flight lebih kurang dalam 2 jam. Pukul 9 pagi waktu Malaysia kitorang selamat sampai sana. Jam sana lewat sejam dari Malaysia.

*form yang kena isi sikit dalam flight


Travel agent yang kitorang guna ni cas 195USD untuk sekepala untuk accommodation, makan tour guide semua. Rasa berbaloi sangat. Dah lah tour guide dia semua baik-baik. Ada yang pandai cakap melayu. Yelah walaupun niat kami bukan nak melancong tapi semua yang dia sediakan tu semua tip top membuatkan kami selesa nak jalankan misi.


Dalam perjalanan ke hotel dari airport, Bunna, our tour guide tu ceritalah yang sepatutnya Kemboja ni boleh jadi negara maju macam negara Asia lain. Tapi lepas era Khmer Rouge tu diorang bermula dari kosong balik. Jadi sekarang diorang bersyukur je dengan apa yang ada.

Sesampai je kat hotel, terus check-in rehat kejap then terus peergi makan. Lunch kat Cafe Malaya memang superb macam makanan Malaysia ada rendang, udang merah. Gambar pun tak sempat nak ambik sebab lapau nau huhu. Pastu kami gerak ke Masjid KM9 untuk bersihkan masjid dan kawasan sekitar. Kast sebelah masjid tu ada madrasah yang dibina sorang sheikh dari Dubai dulu lepastu terbiar. Dah lama baru dibangunkan balik. Ada sorang ustaz tu dari Malaysia cakap gaji ustaz ustazah pon hasil ehsan sumbangan orang ramai. ;'(
*lepas gotong-royong


Okay sambung nanti.
Ciao.