Friday, 3 July 2015

Trip ke Pulau Pangkor


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nak diikutkan 7,8 dan 9 Jun haritu Nani dengan aku tengah study week.Tapi dek kerana terpengaruh dengan Nani yang high and free-spirited ni kitorang dengan selambanya ikut trip mereka yang dah merdeka dari final exam ni.Lagi satu memikirkan yang dah lama giler kitorang dah tak buat overnight trip (last trip was in 2011 in PD) dan lepas ni susah nak cari masa sama-sama free, kitorang redah saja.

Maka bertolaklah I and my 7 girlfriends menaiki bas dari Stesen TBS ke Lumut.
 
*jangan tanya kenapa ada 2 aberg heh

Perjalanan lebih kurang 4 jam jadi kitorang sampai Stesen Lumut waktu subuh.  Kitorang tak rushing sangat pun nak naik feri sebab Haifa dah dibagitau awal-awal paling awal boleh check-in dekat Purnama Beach Resort tu dalam pukul 12.30 tgh hari. Taaapii, yang bikin gua panas adalah pukul 2.30 petang baru kitorang dapat masuk bilik. Ye, paham waktu tu cuti sekolah orang ramai tapi 3 jam kot kitorang tunggu takpelah sempat jugak kitorang melayan Pilot Cafe kat lobi tu. Dan sedia maklum dengan perangai mereka ni, kalau tengok cerita hantu pun boleh gelak-gelak apatah lagi cerita yang over dramatic macam ni. Gelak punya gelak boleh lah sejukkan hati yang tengah panas tu.Then petang tu kitorang mandi pantai kejap pastu sambung lompat-lompat dalam swimming pool.Along the beach banyak gerai-gerai yang bukak waktu malam. Kedai-kedai souvenirs pun banyak.Tapi dah nama pun pulau kan so harga pun mahal lah sikit.

The second day kitorang planning nak snorkelling and island hopping. Tawar punya tawar dapatlah sekepala RM10. 


*muka bahagia nak pegi snorkelling


Kitorang dibawa ke Pulau Giam. Sini lah spot selalu orang snorkelling. And what to expect bila school holidays? Ramai lah orang! Tapi takpe boleh jugak tengok ikan banyak-banyak datang kat kita bila bagi roti hehik.


*gambar kanan bawah : Prof Cuda sedang menerangkan sejenis organisma kepada pelajarnya


Dah puas tengok ikan kitorang round pula tu. Dia bawak pegi tengok batu yang menyerupai buaya lah ikan paus lah. Kat sini kalau tak boleh bayangkan bentuk-bentuk tu memang tak lama lagi lah tu lulz.
*ha nampak tak bentuk apa?



The feeling when you're on the sea was so breathtaking. Rasa nyaman je. Rasa macam dah taknak balik ke darat pulak heh. 










Here comes the third day. Sebelum balik kitorang tour sekitar pulau tu naik van pink.

Pulau Pangkor ni tak besar mana dan jalan dia sempit-sempit. Kadang-kadang terkeluar uuuuuu, aaaaa dari mulut kitorang bila pakcik tu tunjuk skill driving dia kat jalan sempit tu.
*ni dekat salah satu pantai. Macam tapak sulaiman pulak masing-masing




Lepas tu kitorang pergi kilang memproses satay. Kat sini boleh lah kalau nak borong segala ikan,sotong kering. Next place was Tokong Fu Lin Kong. Kat sini ada replika   Tembok Besar China, kolam ikan yang ada ikan besar-besar, kedai jual souvenirs pun ada. Aku menyumpah dalam hati je bila tengok dekat Teluk Nipah kedai tu jual fridge magnet 5 RM10 tapi kat situ 7 RM10 haha.





Then lastly, Kota Belanda. 









Honestly, that was my first time going to an island. Pangkor okay sangat nak pegi untuk yang ada bajet-bound macam kitorang ni. Tapi paling penting kena pergi dengan some great company like them because even the suckiest place can turn into a heaven with their presence! Blergh haha.  



Total damages done :

Tiket BTS-Lumut                        - RM27

Tiket Feri pergi balik                  - RM10

Van ke Teluk Nipah - RM80/8   =RM10

Accommodation     -RM320/4    =RM80

Snorkelling+Island Hopping      - RM10

Island Tour              -RM80/8     =RM10

Makan minum(roughly)             - RM40

Souvenirs                                     -RM25

Tiket Lumut-Seremban                -RM32

                                                      _______

                                                      RM244

Okay. Ciao.



No comments:

Post a Comment